Kemahiran Menjana Idea Kreatif

Kemahiran Menjana Idea Kreatif

1. Kreativiti boleh didefinisikan sebagai kemampuan seseorang untuk mencipta sesuatu yang unik, asli, berguna dan bernilai. Kemampuan ini berkait rapat dengan kemahiran membuat dan imaginasi. Bagi menghasilkan sesuatu yang kreatif, maka perlulah mempunyai kecerdasan pemikiran untuk mencipta yang kreatif. Kecergasan pemikiran yang kreatif mengandungi empat gaya iaitu inovatif, imaginatif, intuitif, dan ilham untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan berbeza terutama bagi penghasilan sesebuah karya seni.

2. Kreativiti dan inovasi yang dikaitkan dengan kemahiran melukis dan mewarna memainkan peranan penting bagi membina kreativiti seseorang pencipta. Pendedahan penggunaan bahan dan teknik melukis serta mewarna yang terbaik bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran dalam studio. Pengenalan unsur-unsur seni dan prinsip rekaan merupakan proses kajian dari satu langkah ke satu langkah. Ianya dapat memberi pengetahuan yang mendalam tentang unsur-unsur seni dan prinsip rekaan yang wujud di dalam sesuatu rekaan seperti model industri atau landskap. Pelajar dilatih mengenai kemahiran melukis, mewarna, merekabentuk serta kefahaman grafik dengan menggunakan pelbagai media bagi menyampaikan berkaitan dengan proses rekaan seperti teknologi, media massadan sebagainya.

3. Setiap perkara yang dilakukan memerlukan disiplin kerana ia mementingkan sesuatu aspek pendidikan seni yang berlainan tetapi pada keseluruhan, ia juga berolah ke satu arahan yang sama iaitu mewujudkan sesuatu fahaman terhadap kaedah, amalan dan teori dalam pemahaman aspek-aspek visual dan seterusnya menimbulkan kesedaran bahawa transformasi mewujudkan bentuk-bentuk seni yang baru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kursus-kursus dalam disiplin yang berlainan dikendalikan adalah untuk melahirkan daya pemikiran kritis individu, meninggikan persepsi dan penghayatan nilai estetika. Oleh itu, para pelajar berupaya untuk menterjemahkan idea-idea di dalam bentuk visual merupakan perkara asas dan diutamakan bagi menghasilkan sesuatu karya yang kreatif dan inovatif

0 comments:

Post a Comment