1 comments

Creativity Skill Thinking

Metaphorical Thinking

Future Scenarios

Brainstoming


Fishbone Diagram

read more
0 comments

Incubation / Inkubasi

Incubation / inkubasi

Inkubasi adalah salah satu daripada 4 tahap dalam kreativiti iaitu persiapan, inkubasi, pencahayaan, dan pengesahan. Inkubasi ditakrifkan sebagai separa sedar ketika pemikiran yang dirangsang melalui maklumat yang telah dikumpulan pada suautu tempoh tertentu, bagi menghasilkan idea-idea baru selepas itu.

Apabila masalah telah berlaku dalam tempoh tertentu, maka kesulitan untuk masalah akan wujud. Oleh itu, ketika itu la jalan penyelesaian akan diatasi ketika berpikir tentang permasalahan yang berlaku. Bagi mencari jalan penyelesaian, manusia akan menyisihkan diri atau sebaliknya untuk memikirkan idea untuk menyelesaikan masalah tersebut.


Proses Inkubasi

Proses inkubasi akan berlaku apabila manusia cuba merehatkan minda mereka daripada proses persediaan dalam melakukan penyelidikan, pengumpulan maklumat berkaitan sesuatu masalah. Malah, ia boleh dilakukan melaui pemerhatian, pembacaan, perbualan dan sebagainya. Ini adalah bertujuan untuk menyerap sebanyak mungkin maklumat yang berkaitan dari pelbagai sudut pandangan.

Manusia akan cuba menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tiada kaitannya dengan permasalahan mereka. Oleh itu, mereka membiarkan minda separa sedar bekerja bagi menghubungkaitkan segala maklumat yang telah terkumpul walaupun ketika sedang tidur.

Contoh aktiviti-aktiviti dalam proses inkubasi

1. Perkara-perkara yang melapangkan fikiran seperti berkebun, memasak, mengemas rumah, memandu dan sebagainya

2. Bersenam, bersukan seperti bermain badminton, golf dan sebagainya

3. Berfikir dan berangan-angan

4. Bermeditasi dan beryoga.

Kesan Inkubasi emosi dan kreativiti

Kesan inkubasi emosi dan kreativiti,boleh diketahui apabila manusia berfikiran positif akan meningkatkan kreativiti mereka. Teori dan kajian mengenai inkubasi telah lama diiktiraf sebagai sebahagian daripada proses kreatif iaitu kesan. Jadi, jika pemikiran positif pada hari tertentu meningkatkan tahap pemikiran mereka ketika itu, maka peningkatan ada kemungkinannya berpikiran kreatif pada hari berikutnya.


Kemajuan dalam ilmu saraf terbaru memberikan bukti menarik tentang mekanisma mengenai kesan inkubasi, terutamanya mereka yang terjadi selama tidur. Pemerhatian ini mendedahkan bahawa orang yang mengalami saat terjaga boleh mengekses masalah dengan maklumat yang ada ke dalam memori dan menghasilkan peningkatan prestasi hari berikutnya. Selain itu, terdapat juga bukti bahawa tidur dapat memudahkan proses berfikir dan proses belajar, seperti memori asosiatif, yang menyumbang terhadap penyelesaian masalah secara kreatif. Dalam salah satu percubaan yang relevan,bahawa penyelesaian masalah secara dramatik boleh dipertingkatkan dengan tempoh awal tidur berikut ini bekerja pada sebuah masalah.

read more
0 comments

Kemahiran Menjana Idea Kreatif

Kemahiran Menjana Idea Kreatif

1. Kreativiti boleh didefinisikan sebagai kemampuan seseorang untuk mencipta sesuatu yang unik, asli, berguna dan bernilai. Kemampuan ini berkait rapat dengan kemahiran membuat dan imaginasi. Bagi menghasilkan sesuatu yang kreatif, maka perlulah mempunyai kecerdasan pemikiran untuk mencipta yang kreatif. Kecergasan pemikiran yang kreatif mengandungi empat gaya iaitu inovatif, imaginatif, intuitif, dan ilham untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan berbeza terutama bagi penghasilan sesebuah karya seni.

2. Kreativiti dan inovasi yang dikaitkan dengan kemahiran melukis dan mewarna memainkan peranan penting bagi membina kreativiti seseorang pencipta. Pendedahan penggunaan bahan dan teknik melukis serta mewarna yang terbaik bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran dalam studio. Pengenalan unsur-unsur seni dan prinsip rekaan merupakan proses kajian dari satu langkah ke satu langkah. Ianya dapat memberi pengetahuan yang mendalam tentang unsur-unsur seni dan prinsip rekaan yang wujud di dalam sesuatu rekaan seperti model industri atau landskap. Pelajar dilatih mengenai kemahiran melukis, mewarna, merekabentuk serta kefahaman grafik dengan menggunakan pelbagai media bagi menyampaikan berkaitan dengan proses rekaan seperti teknologi, media massadan sebagainya.

3. Setiap perkara yang dilakukan memerlukan disiplin kerana ia mementingkan sesuatu aspek pendidikan seni yang berlainan tetapi pada keseluruhan, ia juga berolah ke satu arahan yang sama iaitu mewujudkan sesuatu fahaman terhadap kaedah, amalan dan teori dalam pemahaman aspek-aspek visual dan seterusnya menimbulkan kesedaran bahawa transformasi mewujudkan bentuk-bentuk seni yang baru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kursus-kursus dalam disiplin yang berlainan dikendalikan adalah untuk melahirkan daya pemikiran kritis individu, meninggikan persepsi dan penghayatan nilai estetika. Oleh itu, para pelajar berupaya untuk menterjemahkan idea-idea di dalam bentuk visual merupakan perkara asas dan diutamakan bagi menghasilkan sesuatu karya yang kreatif dan inovatif
read more
7 comments

Kreativiti Dan Kanak-kanak

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

5.1KREATIVITI
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

5.2 PENGERTIAN KREATIVITI
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

5.3 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.
June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea.

Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya.

Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains,
Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat omponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas )
fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian (mencari idea baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa,
mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses engamatan dan merekod.)

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI


5.4.1 Perkembangan Kreativiti Fisher
(a) Peringkat Rangsangan
Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.

(b) Peringkat Penerokaan
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.

(c) Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.

Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:
• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,
pemerhatian, interaksi dan sebagainya.
• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.

(d) Peringkat Aktiviti
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti.

Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti ‘’Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?’’

(e) Kajian Semula
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.

Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

Laura H. Chapman – 3 kaedah diperkenalkan :
(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.

(b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)
Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.

Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.

(c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

Calvin W. Taylor
(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif
Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas.
Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontandan bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil.
Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan contengan mudah.

(b) Kreativiti Melalui Penghasilan
guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada
kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun.

(c) Kreativiti Bersifat Inventif
Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa.

(d) Kreativiti Bersifat Inovatif
Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternative bagi setiap perancangan.

(e) Kreativiti Bersifat Emergen
Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip
formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh, figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanakkanak apabila melukis.

CIRI-CIRI KREATIVITI
(a) Bersifat Fleksibel
Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.

(b) Sensitif dan Peka
Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.

(c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen
Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.

(d) Bersifat Terbuka
Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.

(e) Logik
Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.
Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa.

(f) Berfikiran Bebas
Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

5.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI

5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)
(a) Kaedah Pertama
Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan.

(b) Kedah Kedua
Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.

(c) Kaedah Ketiga
Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.

(d) Kaedah Keempat
Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja.

Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance
proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.
(a) Penyoalan
Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.

(b) Penemuan
Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian.

(c) Pemerhatian
proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya.

(d) Percubaan
Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki.

(e) Penerokaan
Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling.

(f) Memanipulasi
murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran.

(g) Aktiviti/Bermain
Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah.

5.7 MENINGKATKAN MOTIVASI
Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti.
(a) Memilih Bahan dan Alat
Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.

(b) Masa
Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka.

(c) Rangsangan
Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.

(d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.

(e) Hormat-menghormati
Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan

(f) Memberikan Galakan dan Motivasi
Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.

(g) Penghargaan
Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas
read more
0 comments

Tugasan 1






GAMBAR 1

Gedung berbentuk piano ini dibangun di Propinsi An Hui, China. Dapat dilihat bahawa bentuk biola yang dijadikan sebagai eskalator gedung. Gedung ini dibangunkan untuk mengembangkan potensi wisata di daerah tersebut.

Bangunan ini telah menunjukkan kekreatifan dan inovasi yang digunakan oleh pereka untuk menarik minat orang ramai. Idea yang dicetuskan dari amalan wisata bagi Negara China. Keseimbangan bangunan tersebut dapat dilihat apabila biola digunakan sebagai penyokong pada bahagian depan piano tersebut

.

GAMBAR 2

Kucing dijadikan watak uatama di dalam gambar ini. Seekor kucing yang memegang senapang seolah-olah hendak menembak sesuatu melalui tingkap. Disokong pula benda yang berbentuk bintang dibahagian bawah tangan kucing yang menjadikan ia seimbang.

Kewujudan idea yang lahir memungkinkan segala perkara untuk menjadi realiti. Gambar seekor kucing diubah dengan mengunakan teknologi dengan digabungkan idea-idea pereka menyebabkan ia kelihatan real. Walau pun secara umumnya, seekor kucing itu tidak mampu untuk melakukan perkara tersebut.


GAMBAR 3

Keunikan dan kreativiti yang dihasilkan oleh pereka daripada idea-idea yang ada seperti kerusi yang diubah mengikut perubahan zaman dan kehendak pengguna. Pereka telah mengubah bentuk kerusi yang selama ini kaki kerusi yang tapaknya berbentuk segi empat kepada bentuk bulat seperti di dalam gambar ini.

Malahan, tempat duduk kerusi juga diubah kepada bentuk spera seperti di dalam gambar. Pereka telah mereka bentuk kerusi supaya kelihatan seimbang untuk memberi keteguhan apabila diduduk. Kerusi ini kelihatan bergaya dan menarik dari segi strukturnya.


GAMBAR 4

Kasut yang selama ini sudah sinonim dipakai oleh manusia untuk keluar dari rumah. Apa yang menariknya tentang kasut ini adalah reka bentuknya dan kelebihan yang ada iaitu MP3. Pereka telah mencari idea yang kreatif untuk menghasilkan kasut ini dengan kemudahan MP3 yang selama ini MP3 merupakan alat muzik yang amat digemari masyarakat terutama remaja.

Pereka telah meneliti kehendak pelanggan dan peredaran semassa dalam menghasilkan kasut ini. Reka bentuk kasut yang dihasilkan ini diubahsuaikan dengan kemudahan MP3. Malah, selama ini juga MP3 hanya ada pada hanphone dan lain-lain. Kini diubahsuaikan kepada reka bentuk kasut.



GAMBAR 5

Jam ini merupakan jam ukiran kayu yang bermotifkan khat. Tulisan khat kini banyak digunakan untuk menjadi motif ukiran kayu pada dinding, jam dan sebagainya. Selama ini, motif flora banyak digunakan oleh pengukir dalam ukiran kayu tetapi kini motif dipelbagaikan seperti tulisan khat pada jam ini.

Pengukir mengambil peluang dengan memikirkan idea-idea yang bermotifkan tulisan khat. Idea-idea yang bermotifkan tulisan khat dikembangkan sehingga mencapai tahap yang diinginkan. Kekreatifan dan ketekunan pengukir dalam mengukir tulisan khat memberikan kesan estetika pada jam tersebut. ketelitan dalam ukiran kayu menunjukkan kehalusan seni ukir pada jam tersebut.

read more